Sabtu, 29 Disember 2018
Sepuluh.
Khamis, 20 Disember 2018
Sembilan.
Bila aku rasa sedih, aku toleh ke belakang seketika. Sebab aku tahu kau pernah ada di situ berkongsi cerita dan tawa ceria bersama. Dan bila aku kembali tersenyum mengingati semua itu, aku terus melangkah ke depan walaupun kau jauh dan tiada di sisi menemani hari-hari mendatang. Aku tahu kau mahu aku tetap begitu; tetap kuat dan tersenyum. Terus mara kejar masa depan dan raih kebahagiaan yang dijanjikan Ilahi.
Terima kasih.
Kau sahabat, teman dan kawan.
Rabu, 14 November 2018
Lapan.
Mungkin hidup ini berbeza jika kau masih ada menemani setiap suka dan duka. Kau yang selalu ada memberikan semangat dalam setiap langkah dan harapan.
Tapi, Tuhan tahu aku kena kuat dalam hidup ini. Tuhan tahu aku wanita kuat. Tuhan tahu aku mampu harungi hidup ini tanpa kau. Kau yang hanya pinjaman sementara di dunia ini.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Rindu itu tetap ada. Untuk kau yang dah lama pergi. Betapa aku tetap mengharapkan kau masih di sisi menemani hari-hari yang sunyi dan sepi.
Jumaat, 2 November 2018
Tujuh.
Rindu jari-jemari yang lepas. Yang senang dan selalu menari di keyboard. Mencari setiap aksara, menyusun setiap patah kata.
Sudah lama jari tidak bergerak selari dengan hati.
Saat ini, jari ingin menaip sesuatu mencurahkan segala hati. Tapi hati ego. Tetap mahu menyimpan semuanya sendiri.
Yang pada akhirnya, aku sendiri yang letih dan lelah.
Saat ini, sangat mudah untuk aku membenci manusia.
Sabtu, 20 Oktober 2018
Enam.
"Let me feel alive. Let me."
H mencebik.
"Take your pills and get lost in your world." Marah H.
"Sampai bila aku nak bergantung pada ubat?"
"Kau tahu bila, N. Everything is in your head, your self."
N menumbuk genggamannya ke dinding. Sekali, dua kali, berkali-kali. H hanya menunggu. N melepaskan tangisnya.
"Puas hati sekarang?"
"I miss him."
"Go tell him."
"I did."
"So?"
"Get lost, H. You're not helping me."
Hahaha. H ketawa. Kuat.
"Back at you. You're not helping your own self."