Rabu, 14 November 2018

Lapan.

Mungkin hidup ini berbeza jika kau masih ada menemani setiap suka dan duka. Kau yang selalu ada memberikan semangat dalam setiap langkah dan harapan.

Tapi, Tuhan tahu aku kena kuat dalam hidup ini. Tuhan tahu aku wanita kuat. Tuhan tahu aku mampu harungi hidup ini tanpa kau. Kau yang hanya pinjaman sementara di dunia ini.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Rindu itu tetap ada. Untuk kau yang dah lama pergi. Betapa aku tetap mengharapkan kau masih di sisi menemani hari-hari yang sunyi dan sepi.

Jumaat, 2 November 2018

Tujuh.

Rindu jari-jemari yang lepas. Yang senang dan selalu menari di keyboard. Mencari setiap aksara, menyusun setiap patah kata.

Sudah lama jari tidak bergerak selari dengan hati.

Saat ini, jari ingin menaip sesuatu mencurahkan segala hati. Tapi hati ego. Tetap mahu menyimpan semuanya sendiri.

Yang pada akhirnya, aku sendiri yang letih dan lelah.

Saat ini, sangat mudah untuk aku membenci manusia.