Jumaat, 4 Oktober 2019

K : 9

"Sejak abang susuannya meninggalkan dia keseorangan dan menjadi mangsa kepada suami ibu susuannya."

Anaqi mengetuk drum sekuatnya. Memang betul apa yang dikatakan oleh gadis itu. Kalau dulu dia bawa Alia tinggal bersamanya dengan Airin, tentu Alia tidak akan diganggu oleh ayahnya. Emir pula tentu terbatas untuk menjaga dan melihat keadaan Alia. Sebagai sepupu mereka, ada batasan yang Emir perlu jaga.

Daniel menggeleng kepala melihat Anaqi seperti sudah hilang waras di dalam Ohana Corner. Sewaktu dia sampai di Ohana Music, lelaki itu sudah berada di situ.

"Yong mana? Aku call dari tadi tak berangkat." Emir tahu Anaqi berada di Ohana Music. Kereta Alia yang dipandunya berada di depan kedai mereka.

"Kat dalam OC. Kau nasihatkanlah sepupu kau tu. Tadi dia marahkan customer yang terjatuhkan gitar. Dia bergaduh lagi ke dengan minah tu? Sampai kerja pun tak pergi. Tu dia duduk dalam OC berjam-jam dah bro!" Emir tersenyum pahit. Bukan dia tidak mahu memberitahu Daniel dan Irsyad tentang video Alia, tapi belum sampai masanya lagi.

"Chad mana?" Daniel mengangkat kening sebelah. Emir tertawa.

"Dia serius ke dengan cikgu tu?"

Tawa mereka bergabung.

"Sekarang ni, kau dengan aku je takda awek." Daniel berseloroh. Emir membuat muka.

"Yong?"

"Tak lama lagi minah tu jadi awek dia lah."

Tawa mereka meletus lagi. Daniel memang suka membuat serkap jarang. Emir membuang pandang ke dalam Ohana Corner. Bertahun dia mengenali Anaqi, tidak pernah dia melihat sepupunya hilang semangat begitu sekali. Dia boleh faham jika sebab Alia, tapi siapa Nisa buatnya?

"Kenapa kat depan tu close?" Emir yang menuju ke Ohana Corner berpatah semula bertanyakan Daniel yang sedang menghadap laptop. Teringat sign close di pintu masuk Ohana Music.

"Arahan big boss."

Pintu Ohana Corner yang ditutup rapat ditolak perlahan. Anaqi menoleh pada tubuh yang muncul. Jarinya yang memetik gitar terhenti seketika. Tawar senyuman yang terukir di bibirnya.

"Kau tak kerja ke?" Dia meneruskan bermain gitar. Mulutnya menyanyi perlahan.

Loving can hurt, loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard, you know it can get hard sometimes
It is the only thing makes us feel alive

"Patutnya aku yang tanya soalan tu kat kau. Kau ada meeting kan hari ni?"

"Aku ambil mc."

Emir ketawa kuat. Cuti sakit?

"Bro, fasal Alia kau serahkan je pada Qayd dan team dia. Kau dengan aku tak boleh buat apa-apa pun. Kau dah tengok apa yang Nisa tinggalkan untuk kau?"

Muka Anaqi berubah bila nama Nisa disebut.

"Tu ada kat atas keyboard. Kau tengoklah sendiri."

Emir bangun dan mengambil fail biru yang terbuka. Dia menoleh pada Anaqi yang hampir menangis.

"Qayd dah tahu fasal ni?"

Anaqi mengangguk.

"Dalam pendrive pada Qayd ada softcopy semua dokumen ni dan juga video." Balas Anaqi.

"Sumpah aku tak tahu fasal paksu meninggal. Kay pun tak pernah cakap."

"Kau ingat tentang Kay sesat dalam hutan tu? Dia tak bagitahu kita bersebab." Anaqi memeluk gitar miliknya. Dia masih ingat ketika Alia merajuk dengannya, dia dapat tahu tentang peristiwa itu daripada Irsyad yang terlepas kata.

"Yong, kau kenal siapa Nisa? Atau Kay pernah cerita tentang Nisa kat kau?" Bayangan Nisa bermain di minda Emir. Dia yakin Anaqi mengenali gadis itu.

"Roughly. Samar-samar dalam ingatan aku." Dalih Anaqi.

Emir sembunyi senyum. Telahannya betul. Dari riak muka Anaqi dia boleh tahu sama ada sepupunya berkata benar atau tidak. Bukan setahun dua dia mengenali Anaqi tapi dari zaman kanak-kanak mereka lagi.

"Berat tugas dia jaga amanah arwah Paksu. Dia dengan Kay bukan ada hubungan darah. Totally stranger."

"Tapi kenapa sekarang dia baru nak bagitahu semua ni?" Kata Anaqi geram. Emir duduk di depan Anaqi. Gitar bass diambil.

"Kau sendiri tahu alasannya."

Anaqi mengeluh. Cuba melenyapkan kenyataan yang baru dia tahu.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan