Laskar Pelangi. Bibir
Ilyani mengukir senyuman. Teringat masa dia di Tahun 2, cerita itu ditonton
beramai-ramai termasuk pensyarah sekali untuk sebahagian daripada tugasan
subjek TITAS. Punyalah dia cover untuk tidak menangis masa tengok cerita tu. Ye
lah. Sekelas ada lah lebih 30 orang. Mana boleh cengeng depan classmates.
Ilyani ketawa kecil.
“Kau kenapa tiba-tiba
ketawa?” tegur Zira.
“Teringat masa aku tengok
cerita ni dulu.” Hanya itu balasan daripada Ilyani. Mata mereka kembali fokus
pada skrin laptop. Mengejar pelangi. Ilyani berbisik di dalam hati.
“Tudung Ariani kau ke yang
tergantung kat ampaian?”
Ilyani yang sedang mengunyah kerepek pisang
berhenti.
“Sejak bila aku pakai
tudung macam tu?”
Zira menepuk dahi tanda
kesilapan sendiri. Walaupun perangai gadis itu ‘gila-gila’, tapi bab pakaian
dia respect. Sama juga bab berkawan dengan lelaki. Sebab tu ramai takut yang
tegur dia. Salah intro, memang mengundang lah namanya. Kawan-kawan lelaki dia
pun kebanyakan yang sekelas je. Itupun boleh bilang dengan jari.
======================
“Beb, heartbroken ke?”
soalan cepumas daripada Yatt mengundang tawa Ilyani.
“Sorry Zira. Aku on the
phone ni.” kata Ilyani pada Zira yang memandangnya pelik. Mahu tak, tadi senyap
menaip depan laptop, lepas tu tiba-tiba ketawa. Phone pula dalam silent mode.
“Agaklah wey. Salam tak
bagi, terus tanya soalan tu.”balas Ilyani pada Yatt. Dia keluar daripada bilik,
mencari sedikit privacy.
“Hehe. Assalamualaikum.
Haaa, apecer?”
“Waalaikumussalam. Takda
apa cerita. Heartbroken? Takda lah. Aku ok je lah.” Ilyani melemparkan senyuman
pada jiran sebelah bilik yang hendak keluar.
“Habis tu, status twitter
tu? Kita takkan sedar bila kita jatuh cinta, tapi kehilangan itu betul-betul
terasa.”
“Hek eleh. Macam tak kenal
aku. Random.”
“Kau dengan dia gaduh ke?”
Dia? Ilyani menarik nafas dalam-dalam.
“Yatt, kau tahu kan prinsip
dan pendirian aku? Lagipun dia ada life dia sendiri. Aku ada urusan yang lebih
penting daripada nak berkenalan dengan dia.”
“Ok ok.. aku minta maaf.
Betul kau ok je ni?”
“Ya Allah budak ni. Aku ok
je Yatt. Love after married, remember?”
Yatt tergelak di hujung
talian. Mulanya, dia sendiri kata itu zaman dulu-dulu je cinta lepas kahwin ni.
Tapi lepas otaknya di program oleh gadis itu, akhirnya dia sendiri mengerti.
Memang betullah, bff dia ni punya aura. Sebab itu, ramai yang menyenangi gadis
itu. Dan dia sendiri perlahan-lahan menjadi seperti Ilyani.
“Kau balik tak minggu ni?”
“Tak. Family aku balik
Kelantan. Jom dating?”
“No problems. Birthday kau
kan? Boleh makan free.”
“Amboi. Ye lah. Macam tak
biasa kan. Sabtu pagi aku gerak, jumpa kat Sunway.” Yatt ketawa sekali lagi.
Gadis yang bernama Ilyani memang tidak lokek bab makanan. Kadang dia beli
banyak-banyak, tapi bukan dia yang makan. Sebab dia tahu akan ada yang sanggup
sumbangkan perut mereka. Eheh.
======================
“Cuba buka surah
Al-Muzzammil, mukasurat 574.” Suara naqibah lembut menuturkan arahan.
“Wahai orang yang berselimut, (Muhammad). Bangunlah untuk solat pada
malam hari kecuali sebahagian kecil, iaitu separuhnya atau kurang sedikit
daripada itu. Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan
perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat
kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa, dan bacaan di
waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk
dengan urusan-urusan yang panjang.” Al-Muzzammil, ayat 1-7.
“Isya, apa yang Isya faham
daripada ayat ni?” Macam biasa Kak Asma’ menanyakan soalan dalam bulatan
gembira. Usrah chenta.
“Bangun malam.” Isya
menjawab pendek tapi penuh makna.
“Yani?”
“Perintah untuk bangun
malam kepada manusia. Dalam erti kata lain, bangun qiamulail.” Ilyani tenang
memberi jawapan. Kak Asma’ menguntum senyuman.
“Betul tu. Ayat tu
merupakan perintah Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Dan secara logiknya, kita
juga disuruh untuk bangun malam. Sebab apa? Kerana waktu itu memberi kita
ketenangan dan kekuatan. Orang yang kuat itu sentiasa mampu untuk bangun qiam
dan solat Subuh di awal waktu.”
Kata-kata daripada naqibah
itu meresap ke dalam jiwa masing-masing.
“Solat yang kita lakukan
adalah penghubung kita dengan Allah. Yang menjadikan kita kuat, bila ada Allah
di dalam hati.” Ilyani berkongsi pendapat. Yang lain mengangguk tanda setuju.
Be optimistic and shift
your paradigm. Hati kecil Ilyani nekad.
“Yani, boleh Kak Asma’
cakap sikit.” Kak Asma’ menghampiri adik usrahnya. Ilyani yang baru menggalas
beg ke bahu menguntum senyuman. Yang lain sudah keluar dari masjid itu.
“Ada seorang ustaz ni nak
taaruf, untuk ambil Yani sebagai isteri.”
“Maaf kak. Yani tak
bersedia lagi. Kak Asma’ faham kan Yani macam baru bernafas semula. Tak yakin
lagi dengan diri sendiri untuk pegang tanggungjawab sebagai isteri.”
Kak Asma’ memeluk Ilyani,
erat. Mengerti apa yang dituturkan oleh gadis itu.
======================
“Bro, lama tak jumpa.
Sihat?” pelukan Imran dibalas.
“As you see me right now.
Kau?”
“Aku sentiasa sihat.” Di
tangan masih tak lekang handphone. Busy sungguh.
“Hai. Dari dulu sampai sekarang
tak berpisah dengan phone. Ada anak ikan baru ke?”
Imran ketawa.
“Baca tweets kawan-kawan
Sara, budak perempuan famous masa jadi sukarelawan dulu. She just lost her
parents, both.”
“Bila?”
“Birthday dia, semalam.”
Hakim terkejut. Mukanya
berubah riak. Imran perasan perubahan muka kawan baiknya itu. Namun dia hanya
mendiamkan diri. Bagi dia itu hanya reaksi biasa jika dapat berita kematian orang yang kita kenal.
“Eh, jom lah. Weekend macam
ni jalan busy. Lambat lak sampai rumah nanti.”
Imran menarik luggage
Hakim. Mereka berdua keluar daripada KLIA itu.
“Kau balik ni lama ke
sekejap?”
“Hujung tahun aku fly
semula. 2 tahun kat sana, insyaAllah.”
“Kira kau balik ni nak
kahwin ke apa?”
“Haha. Ingat nak kahwin tu
macam petik daun je ke? Isteri ni nak sehidup semati bro.”
“Mana lah tahu kan dah ada
calon minah arab ke.” Tawa Hakim kedengaran lagi dan penumbuknya dihala kepada
Imran yang sedang memandu. Imran ketawa.
“Ke kau masih tunggu Sara
ni?”
Hakim tidak menjawab
sebaliknya topik perbualan ditukar.
======================
My
beloved cousin Sara, anytime you free just drop by at home. We are always
welcoming you. I know you miss them, but life goes on. They are stay in our
hearts. No one can replace them. Remember, we love you till Jannah.
Benar,
kita takkan rasa kehilangan seseorang itu hingga kita kehilangan seseorang.
Senyum, bukan bererti tak sedih. Menangis, bukan bermakna mengalah. Kita
manusia biasa yang punya naluri dan fitrah. Tapi fitrah itu perlu diurus.
Kematian orang yang kita sayang bukan perkara mudah. Namun, tabah ya duhai hati
dan jiwa. Ikhlaskan. Allah lebih menyayangi mereka. Doakan mereka bahagia di
sana, ditempatkan dalam golongan orang beriman. Aamiin. -usrah chenta-
Be
strong kak. Allah tak uji hambaNya melainkan kerana DIA sayangkan kita. Tapi,
saya tahu akak saya ni kuat. Kan kak? J
Innalillah..
Terkejut dengan berita itu. Semoga kuat dan terus kuat kawan. Aku tahu, kau
lebih positif dalam perkara macam ni. Kau insan terpilih. Aku cemburu. =)
Takziah.
Tabah ya kawan.
Beb,
jangan lama-lama menyepikan diri. Aku tahu kau taklah semudah itu untuk
mengalah. Kau kan superwoman. Haha. I miss you girl. Laskar pelangi.
Eh? Hakim pelik melihat
status itu. Hari ini. Dan dia terus baca komen-komen di situ.
Yatt, kau kan.. ada ke mcm tu. -Amir
Haha. Rilekslah. -Yatt
Tak hormat langsung orang yg tgh sedih. -Eti
Oh ye ke? =) –Yatt
Agree with you Yatt. -Zira
It’s not a perfect time to make jokes girl.
-Lan
Korang tak tahu apa yg Yatt maksudkan, just
keep quiet please. –Sya
Betul apa. Hormatlah Yani. Kan? –Lan
Wohaaa. Jgn gaduh ok. Looks, aku ada dgn
Yani almost the time hari tu. Dan, kau tak tahu apa yg Yani lalui, one by one.
Siapa yg tak sedih kan. Tp, come on lah. We know who is Sara Ilyani Hamzah.
It’s a month already. Ada sesiapa tahu, mana Yani pergi? –Yatt
Komen itu berhenti di situ.
Hakim melirik pada tarikh di laptopnya. Ya, sebulan daripada hari lahir gadis
itu. Dan selama itu juga lah blog, laman twitter dan facebook gadis itu
sepi. Tiba-tiba, status facebook baru
Ilyani membuatkan dia menguntum senyuman, yakin gadis itu baik-baik sahaja.
Namun tanpa disedari air mata lelakinya jatuh selepas menghabiskan baca ayat
terakhir.
Status 1.
Hai guys. Korang memang sahabat seantero
Malaya, dunia akhirat. Aku tak tahu nak cakap apa. Robot pun boleh rosak,
apatah lagi aku yg kalian gelar superwoman ni. Haha. Aku skrg busy sikit dgn
LI, kerja. Hmmm. Fitrahnya manusia, akan rasa sedih dan gembira. Aku pun tak
lepas mcm tu. Cuma satu aku pinta, no wish on my birthday after this. Aku
takkan sambut birthday aku. Harap kalian faham.
Status 2.
Alhamdulillah, Allah ambil 4 orang yang saya
sayang, tapi DIA masih memberikan saya kamu semua. Terima kasih untuk semua
ucapan dan perhatian. Tak sempat nak balas semua sekali. Terima kasih juga buat
yang bersusah payah datang dari jauh untuk bertemu saya. Moga Allah membalas
jasa kamu semua. InsyaAllah, saya ikhlaskan kehilangan mereka.
Ibu, ayah, angah dan adik. Semoga berbahagia
di sana. InsyaAllah, kita akan berjumpa di syurga kelak. Al-Fatihah.
Laskar pelangi.
======================
Selepas 2 tahun…
“Yatt, cun lah kau. Macam
tak percaya kawan baik aku yang seorang ni dah nak kahwin.” Ilyani mengusik
Yatt yang akan jadi isteri orang beberapa jam lagi.
“Sara, jangan nak buat Yatt
ni bergerak. Karang laki dia sampai, dia tak siap-siap lagi.” pesan Kak Rita
sebagai mak andam ekpress. Ilyani tersengih kelat.
“Best tak kahwin ekk?”
soalan Ilyani yang tiba-tiba itu mencetuskan tawa Yatt. Mujur saja Kak Rita dah
habis tugas dia.
“Gelak lak dia.” Ilyani
mencebik.
“Aku ingatkan kau takda
perasaan nak berumahtangga ni.”balas Yatt.
“Itu kan fitrah. Tapi tu
lah. Aku tak jumpa lagi…”
“Bukan tak jumpa. Dulu ada
ustaz, imam muda lagi nak taaruf, kau menolak.”
“Takda jodoh. Kalau tak,
mesti dia tunggu aku. Hmmm. Tunggu orang jauh la macam ni.”balas Ilyani tanpa
maksudkan sesiapa.
“Eh, bukan dia dah balik
sini ke?”
“Siapa kak?” tanya Yatt dan
Ilyani serentak.
“Tiada siapa.”
Kak Rita bersikap tenang
dan menggeleng kepala menyedari keterlanjurannya. Ilyani dan Yatt memandang
antara satu sama lain. Namun persoalan itu tamat di situ. Bagi Ilyani, jodoh
itu kerja Allah. Memang kita perlu usaha, tapi Allah juga dah tetapkan jodoh
kita. Barangkali masing-masing, dia dan bakal suami tidak lagi bersedia untuk
dipertemukan.
“Ha! Ni menung ingat
siapa?”sergah Kak Rita. Ilyani menguntum senyuman.
“Bayangkan Kak Rita tengah
peggy. Mesti comel.” Balas Ilyani selamba. Yatt kembali ketawa, namun bila Kak
Rita pandangnya, terus tawanya mati. Bukan apa, takut veil segala macam atas
kepala tu tercabut. Bukan dia tak tahu kawan kepada adik sepupunya itu tak suka
semua itu. Sama juga macam Ilyani. Itupun, dipaksa oleh emaknya bakal pengantin
perempuan sendiri supaya nampak sedikit seri orang nak kahwin. Sebab Yatt dan
Ilyani pernah buat teori sendiri, yang penting akad nikah je. Pakai baju sukan
pun boleh je kalau nak berkahwin. Kemudian mereka berdua ketawa sendiri.
“Sara, minggu depan mama
ajak lunch kat rumah. ” ujar Kak Rita tiba-tiba. Ilyani hanya mengangguk tanda
ya. Mereka bertiga melangkah keluar dari bilik menuju ke masjid yang
berdekatan. Yatt kelihatan resah.
“Aku terima nikahnya
Hayatti binti Mohd Khalid dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai…”
Yatt mengalirkan air
matanya. Fasa kehidupannya berubah satu lagi. Ilyani memeluk kawan baiknya itu
yang bertemu jodoh daripadanya dahulu. Kak Rita dan suami, Abang Jo, serta
tetamu lain mengukir senyuman memandang mereka. Tahu keakraban mereka berdua.
======================
Ilyani melangkah masuk ke
Sunway Pyramid. Dulu, dia sering berjalan di situ bersama Yatt. Kini dia
sendiri. Living Cabin dimasuki untuk mencari ‘tulip things’. Kemudian dia
menghala ke POPULAR. Dua buah buku tentang alam rumahtangga dicapai. Untuknya
sendiri dan untuk Yatt yang tengah berbulan madu di Sabah.
“Yani? Sara Ilyani?”
seorang gadis menyapanya sebaik sahaja dia keluar daripada POPULAR.
“Ya Allah. Nur Hazira
Mansur! Subhanallah, boleh pula terjumpa kau kat sini. Ingatkan kat Sydney
lagi.” Mereka bersalaman dan berbalas pelukan.
“Aku baru balik bulan
lepas. Makin cun kau sekarang. Hampir saja aku tak cam kau.” Zira memulakan
perbualan setelah makanan yang dipesan terhidang.
“Takda lah Zira. Makin tua
ada lah.” Ilyani membuat lelucon. Gadis itu sentiasa menceriakan suasana.
“Kau dah kahwin ke?”
“Ada dengar jemputan
daripada aku?”
Mereka berbalas ketawa.
Namun hanya jelas di antara mereka berdua sahaja.
“Manalah tahu kan. Sejak
habis uni, jarang dengar berita tentang kau. Jumpa apatah lagi. Busy sangat
ke?”
“Laskar pelangi.” Ilyani menjawab
ringkas.
“Kau tahu? Setiap kali aku
dengar lagu tu, aku teringat kau. Dan hampir tiap masa lah bila aku rindu kau,
aku mesti tengok cerita tu.”
“Sampai macam tu sekali.”
“Yani, bukan mudah untuk
berada dalam situasi kau kan?”
“Ingat apa Igal tulis dalam
poskad Paris yang dia bagi kepada Lintang?”
“ Jangan pernah menyerah
kalah.” Mereka berdua menuturkan ayat itu serentak.
Ilyani melemparkan
pandangan ke arah orang ramai yang mula memenuhi kompleks membeli belah itu.
Selepas dia habis final exam untuk semester akhir tahun akhir, dia membawa diri
dan menyepi daripada semua orang. Menyibukkan diri dengan Latihan Industri
selepas itu dan terus tenggelam dengan kerjanya sekarang di tempat yang sama.
Cuba untuk mencari kekuatan selepas kehilangan seluruh ahli keluarganya dan ya,
mengejar pelangi. Laskar pelangi.
======================
“Alya Alyssa. Macam pernah
dengar nama you sebelum ni.”
“Dan you Sara Ilyani
Hamzah, nama yang tidak asing lagi dalam hidup I. Gadis yang membuatkan I kagum
dengan peribadinya. Dapat juga I bertentang mata dengan you.”
Mereka berbalas senyuman.
“Tahniah. Patutlah Aiman
tak terima I dulu, dia ada bidadari yang lebih cantik dan berharga.”
Ilyani ketawa kecil.
“To be honest, I tak pernah
kenal dia dengan rapat. Sekadar berbalas komen di blog selepas terlibat dengan
program sukarelawan dulu. Cuma pernah lah dia cerita tentang you. I guess both
of you get married together. Rupanya, you isteri kawan suami sepupu I. Kalau
dulu I ikut Sya ke walimah kalian, mesti kita dah lama kenal.”
“Takdir Allah sangat indah
kan? Rupanya kita dipertemukan dalam lingkungan kita juga.”
Ilyani mengangguk. Wajah
Ilyani bermake-up nipis dalam gaun putih itu direnung oleh Alya.
“You tahu, masa family
aturkan hubungan kami, dia menolak. Katanya pada I, dia sudah ada seseorang
tapi keadaan tidak mengizinkan. I tahu orang tu istimewa sebab berdasarkan apa
yang kakak dia kata, he’s totally changed after knows someone. ”
Dia menoleh ke arah
suaminya yang sedang melayan tetamu. Hampir 3 tahun. Benar, masa akan memberi
jawapan kepada apa yang kita ingin tahu dahulu. Hanya manusia yang gopoh tidak
akan menemukan keindahan kesabaran itu. Maha Suci Allah. Dan jodoh itu, di
bawah kuasaNYA juga.
======================
Sungguh, hidup ini penuh
dengan rahsia Allah. Ditutupnya satu pintu, masih ada pintu-pintu lain. Antara
nak dan tak je, itu terpulang kepada kita untuk mencarinya. Aku bahagia
sekarang, bersama suami tercinta dan anak yang bakal lahir ke dunia beberapa
bulan sahaja lagi.
Ibu, ayah, angah, adik…
Along bahagia. Terima kasih kerana sentiasa menggembirakan Along sewaktu kalian masih ada. Terima kasih
untuk segalanya. Along doakan kalian bahagia di sana. Kita akan jadi sebuah
keluarga yang bahagia sekali lagi, di sana yang kekal abadi. InsyaAllah.
Ilyani berkata sendiri
sambil merenung langit dari tingkap rumah. Sentuhan di bahunya menarik kembali
diri Ilyani ke dunia nyata.
“Jauh isteri abang menung.
Fikir apa?”
“Changing for good is not a
crime. Kan bang?”
“Hlovate’s say. Apa yang
Sara fikirkan sebenarnya ni?”
“Fikir tentang kita, dulu.
Bagaimana kita kenal, berpisah tanpa alasan dan bersua semula dalam satu ikatan
yang sah.”
Lelaki itu mengukir
senyuman. Tentu saja ada yang tidak mengerti kisah mereka.
“I’m always falling for
your smile.”
“I know.”
“Eleh.”
Mereka berdua ketawa.
Gerakan dari dalam perut Ilyani seakan menyertai perbualan mereka berdua.
“Abang, apa yang buatkan
abang yakin jodoh abang itu Sara?”
“A voice inside telling me
to keep stay and fight for you. Allah itu Maha Mendengar. Waktu tu Sara dingin
je dengan lelaki. Tapi memang patut lah kan. Waktu parent Sara meninggal, abang
baru balik dari Ireland. Tapi masa tu tak berani nak tegur Sara. Abang doakan
dari jauh. Lepas dua tahun, abang make a step bila tahu Sara masih sendiri.”
Mereka berjalan ke taman
mini di banglo milik keluarga Ilyani. Rumah yang dulunya sepi kini dihuni
mereka. Tentu saja bersama kenangan keluarga Ilyani.
“Dan Sara?”
“Sara tak berharap apa-apa
sejak kita kenal.” Ilyani jujur. Suaminya meminta kepastian.
“Betul, Sara tak tipu. Sara
ok je. Cuma pelik lah abang senyap macam tu je lepas abang terlepas kata yang
abang jatuh hati pada gadis yang buat dia berubah. Now, Sara tahu kenapa dan
siapa gadis tu.”
“Takda rasa apa-apa?”
“Ada lah sikit rasa rindu
tu, as a stranger yang selalu tegur di blog.” Ilyani ketawa kecil.
Fitrah itu kena urus. Jaga
cinta Allah sebagai cinta matlamat. Ayat Ustazah Fatimah Syarha sewaktu program
'Remaja, Cinta dan Cita-Cita' di universiti dulu kekal utuh di mindanya.
======================
Hakim membaca helaian demi
helaian coretan dalam buku berkulit silver itu.
1
Aku, gadis yang punya impian dan angan-angan. Dah tentu, aku mahukan
kisah aku diberkati oleh Allah. Punya kawan-kawan yang awesome dan hebat. Hanya
ada 2 keluarga yang bahagia; keluargaku, Hamzah + Nur Sarah dan keluarga papa,
Mukhriz Ilyas + Mahani. Ayah anak tunggal, papa adik ibu. Aku, Angah - Saiful
Azam, Adik - Sara Liyana. Sepupuku; Mohd Hairi + Siti Hajar, Nur Rita + Johan,
Nur Batrisya + Megat Haikal, Nur Dania.
2
A stranger comes into my life. He. Allah, jauhkan rasa itu. And
suddenly, he’s gone. Dunno nak sedih ke tak. Aku tidak tahu ini cinta atau apa,
tapi Ya Allah, jagakan dia walau di mana dia berada. Aku, perlukan momentum
baru. Nafas baru. Hijrah.
3
Allah uji dengan kehilangan ibu, ayah, Angah dan adik. Tak kuat, tapi
tetap bertahan. Ayah dan ibu maut di tempat kejadian, adik sewaktu di hospital,
Angah kritikal dan hilang banyak darah. Cuba untuk derma darahku,
rupanya...sekali lagi diuji. Aku hadapi komplikasi jantung yang serius.
Pembedahan selamat dilakukan selepas 2 minggu. Ayah, terima kasih.
4
Alhamdulillah, dah graduate di bumi Johor. Ibu, ayah. Along dah berjaya.
Teringat ayat Angah masa dia tengah buat Asasi. 'Lepas Along konvo, kita fly ke
Australia sama-sama. Adik pun mungkin terus sambung sana lepas habis SPM.'
Namun, takdir Allah siapa yang boleh sangka. Manusia kuat bila ada Allah di
dalam hati. Rindu usrah chenta. Rindu zaman belajar.
5
Busy dengan proposal, busy dengan projek bertimbun, busy dengan sistem.
Ini lah dunia kerja IT rupanya. Namun, bulatan gembira tetap menggembirakan.
Seronok. Melihat sepupuku dan bff ku yang sudah berkahwin, hati berbisik
sesuatu. Rasa itu kerap mengganggu. Istikharah menjadi pilihanku.
6
Papa terima lamaran kawan kepada Abang Hairi. Who is him? Abang Hairi
kata, dia doktor dan soleh insyaAllah. Kak Rita, Batrisya dan Yatt menyokong.
Mama sudah tentu mahu tengok aku gembira. Tiada sebab untuk aku menolak. Moga
Allah berikan suami yang terbaik untuk aku.
7
Subhanallah. Ini lah cinta di jalan Allah. Dipertemukan dalam satu
ikatan yang sah, sebagai suami isteri. Aku serahkan dia pada Allah, dan Allah
kembalikan dia semula pada aku. Aku bertemu mata dengannya buat kali pertama di
hari pernikahanku. Tulip wedding centerpieces, gaun putih, tuxedo. Terima kasih
Allah. Impianku jadi kenyataan. Thanks abang…I love you!
8
Menjalani kehidupan bersama suami tercinta. Ya, indahnya cinta selepas
kahwin. Kami mengenali diri masing-masing lebih dekat. Banyak perkara dikongsi
bersama. Aku bahagia. Inilah apa yang Yatt pernah beritahu aku dulu. Allah,
berkati hubungan kami hingga ke JannahMu.
9
Disahkan hamil 3 minggu. Syukur kepadaMu Ya Allah. Insan-insan yang
selama ini menyokongku senang mendengar khabar itu. Aku bahagia melihat mereka
gembira. Wajah yang lebih bahagia sudah tentu suamiku. Keluarga mentuaku mahu
menjagaku sewaktu aku dalam pantang kelak. Aku terharu. Terima kasih mama, papa
dan ipar-iparku.
10
Dr. Aiman Hakim bin Aiman Iskandar. Aku bersyukur menjadi isterimu.
Pimpinku ke JannahNya bersama putera-puteri kita. Kalian yang mendoakanku, aku
sangat hargai. Allah, semuanya aturan dan ketetapanMu. Terima kasih ya Allah.
Coretan ringkas dalam 10
mukasurat dalam masa 5 tahun itu cukup membuat hati lelakinya tersentuh. Buku
itu dibuat sendiri oleh isterinya. Wajah isterinya yang sedang tidur di samping
kembar mereka direnung. Raisya Qistina, Rayyan Qaiser..umi kalian sangat tabah.
Moga putera dan puteri abi dapat menjadi seperti umi kelak. Sara Ilyani binti
Hamzah, insyaAllah.. cinta kita kerana Allah dan akan terus kekal hingga ke
JannahNya. Abang sayangkan Sara, dunia akhirat.
======================
Pelangi kelihatan indah
selepas hujan. Benarlah kata pepatah, selepas hujan pelangi akan muncul. Ilyani
dan Hakim kelihatan khusyuk menikmati anugerah alam itu. Bayi di dalam perut
menanti saat untuk melihat dunia.
“Kenapa laskar pelangi?”
“Pelangi. Tak dapat
disentuh tapi dapat dirasa kehadirannya. Pelangi, muncul hanya kerana satu
cahaya. Cahaya itu datang daripada Allah. Kita perlukan cahaya untuk menerangi
hidup kita di dunia dan akhirat. Laskar pelangi, bagi Sara.. kejar cinta dan
keberkatan Allah. Laskar pelangi dalam erti kata lain mengajar Sara redha dan
ikhlas dengan kehidupan Sara.”
“Tahu abang sangat
sayangkan Sara?”
“Iya?’
“Ye lah. Abang nak ajak
Sara dating dengan Allah pula. Jom kita solat berjemaah. Dah nak Asar ni.”
“Abang tahu berapa banyak
Sara sayang abang?”
“Banyak mana?”
“Lebih daripada sayang
abang pada Sara sebab bila abang tak on call, abang selalu ada dengan Sara dan
putera puteri kita.“
“Tahu tak kami dah lama
tunggu abi dan umi kat dalam bilik solat?” ujar Raisya dan Rayyan serentak,
tiba-tiba. Ilyani dan Hakim ketawa kecil melihat kehadiran kembar mereka yang
berumur 4 tahun itu. Hakim mendukung Raisya dan Rayyan berpimpinan tangan
dengan Ilyani. Langkah mereka menuju ke dalam rumah. Laskar pelangi, mengejar
cinta Allah Yang Esa.
======================
Mimpi adalah kunci untuk
kita menaklukan dunia
Berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
Laskar pelangi takkan
terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa
Menarilah dan terus ketawa
Walau dunia tak seindah
syurga
Bersyukurlah pada Yang
Kuasa
Cinta kita di dunia
selamanya
Cinta kepada hidup memberikan
senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
Laskar pelangi takkan
terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
Tamat.. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan