Khamis, 26 September 2019

K : 8


"Tangan dia sakit sebab kau?" Emir berbisik perlahan. Anaqi mengeluh perlahan. Dia sendiri tidak menyangka boleh jadi begitu. Bukan niatnya mahu mencederakan gadis itu.

"Kau gila ke apa?" Marah Emir. Qayd yang duduk bertentangan dengan mereka hanya menjadi pendengar. Matanya menangkap sesuatu yang menarik minatnya.

"Itu bukan Ohana ke?" Qayd menunjukkan lukisan di dinding belakang Emir dan Anaqi. Mereka menoleh. Gambar-gambar Ohana dan juga gambar Alia bersama Airin turut ada. Anaqi sempat perasan nama di hujung lukisan itu.

Nisa yang muncul semula berdehem kuat sebelum mereka cam siapa dia. Pandangannya berlaga dengan Anaqi. Nisa tidak pasti apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Satu kotak kecil diletakkan di atas meja sofa.

"I tak faham satu perkara je. Kenapa you tak bawa Alia tinggal dengan you dan Airin di Dublin?"

"Apa maksud kau?" Anaqi masih memandang Nisa yang duduk bersebelahan dengan Qayd. Macam mana gadis di depannya ini tahu tentang keluarganya? Bagaimana dia mengenali Airin dan Alia?

"You know what I mean. You selfish. Ye lah, Alia cuma adik susuan you je kan?" Nisa saja menaikkan kemarahan lelaki itu. Serta-merta Anaqi bangun dari sofa tapi tangannya ditarik semula oleh Emir. Wajah Anaqi menahan marah. Nisa senyum gembira di dalam hati. Dia membetulkan tudungnya yang ditiup angin dari luar.

"I cuma ada masa setengah jam je sebelum housemate I balik. Tapi rasanya Alia bila-bila boleh muncul semula." Nisa membuka kotak kecil di hadapan mereka tanpa mempedulikan renungan tajam Anaqi padanya. Dua pendrive dihulurkan kepada Qayd. Sebagai seorang polis, Nisa yakin lelaki itu lebih tahu apa yang patut dilakukannya.

"Alia tak perlu tahu apa yang ada di dalam pendrive ni." Dia takut kalau semangat Alia hilang lagi sebagaimana mereka bertemu buat kali pertama.

"Mana you kenal Alia?" Alia berpaling pada Emir. Dia baru teringat Emir adalah lelaki yang dijumpainya ketika Alia kematian ayahnya. Tapi di mana Anaqi pada waktu itu?

"Sejak abang susuannya meninggalkan dia keseorangan dan menjadi mangsa kepada suami ibu susuannya." Selamba Nisa menuturkan ayat itu. Anaqi bengang. Kotak di atas meja ditolak kasar. Nisa senyum sinis. Memang dah lama dia mahu lelaki itu tahu apa yang difikirkan olehnya selama ini.

"I salah ke? You kat mana time ayah Alia meninggal? I bet you didn't even know why her dad passed away." Sinis suara Nisa pada pendengarannya. Hanya Qayd tenang mendengar. Nisa mencapai telefonnya yang berbunyi. "Sorry I have to take this."

Anaqi berpandangan dengan Emir. Apa yang dia tidak tahu tentang kematian paksunya?

"Kau rahsiakan something dari aku Mir?"

Emir juga tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh gadis itu.

Anaqi memasang telinga mendengar perbualan gadis itu. Matanya mengikuti langkah gadis itu yang berhenti lama di rak buku. Dia terkejut bila namanya disebut. Siapa gadis ini? Anaqi bertanya sendiri.

"Wafa, I'm not alone right now. Yes, I know. Send those documents to my email. One more thing, can you go to Ohana Music and pass the blue files to Mr. Anaqi? Yes Mr. Anaqi Abdullah Asuka. He will waiting for you there. Okay thanks dear. See you next week."

Sebaik sahaja Nisa habis bercakap di telefon, loceng rumah kedengaran. Suara Alia memberi salam jelas di telinganya dan whatsapp yang baru masuk dibaca. Nisa tergamam seketika.

"I think all of you should go now. My housemate is waiting downstair. Mr Anaqi, my friend will pass something to you. Everything you need to know. Tuan Qayd, I leave everything with you now. Do your best judgment."

Bersambung...

Rabu, 25 September 2019

K : 7

Langkah Nisa terhenti apabila dua lelaki menahannya. Dia sudah bersedia untuk membunyikan alat kecil di tangannya. Sebaik mengangkat muka, Nisa tergelak sendiri. Namun ketawanya mati bila terpandangkan seorang lelaki lain yang menghampiri mereka. Hatinya berdebar-debar, apatah lagi melihat wajah serius lelaki itu.

"Kau yang datang ke Ohana Music semalam?" Tanpa mukadimah terus Anaqi menyerang Nisa yang berdiri tegak di depannya.

"Dari mana kau dapat semua gambar ni?" Sampul surat putih dibaling ke muka Nisa. Nisa kaget. Kakinya berasa lemah serta-merta. Belum pernah dia diherdik sebegitu selama ini. Dia memegang dinding sebelum dirinya jatuh ke lantai. Matanya melilau mencari sekuriti yang bertugas tapi malangnya tiada seorangpun yang kelihatan. Nisa membebel di dalam hati.

"Yong. Kita settle secara baik lah." Irsyad mencelah. Belum pernah dia melihat Anaqi berlagak kasar sebegitu, terutama kepada perempuan. Daniel menarik Anaqi sebelum lelaki itu terus hilang sabar.

Nisa yang sudah berasa tenang semula meneruskan langkahnya menuju ke lif.

"Kau nak pergi mana?" Tanpa disedari Anaqi menarik sling bag Nisa. Gadis itu jatuh terjelepok di lantai. Beberapa penghuni Casa Villa yang keluar dari lif melihat mereka pelik. Nisa tidak mempedulikan mereka dan terus masuk ke dalam lif. Dia menunggu untuk tiga orang lelaki itu mengikutinya.

"You nak tahu tentang gambar-gambar tu?" Pintu gril luar dibuka oleh Nisa. Dia menoleh ke arah tiga lelaki di belakangnya. Kemudian pintu rumah dibuka luas berharap lelaki-lelaki itu mengerti maksudnya. Lebih baik mereka bersemuka di rumahnya sebelum dirinya diseret ke balai polis.

Nak tak nak, Anaqi masuk juga ke dalam diikuti oleh Irsyad dan Daniel. Nisa mencapai telefon dari dalam sling bag miliknya dan berjalan menuju ke balkoni. Tirai sliding door ditarik. Serta-merta suasana yang suram bertukar bercahaya. Anaqi perasan gadis itu menahan rasa sakit di tangan kiri.

"Shaz, kau dah otw balik ke? Oni kerja shift malam. Okay kau dah kat bawah nanti call aku." Nisa mematikan panggilan telefon. Dia menarik nafas lega bila kawan serumahnya masih ada urusan kerja di luar. Tidak perlu dia menerangkan siapa lelaki yang datang ke rumah mereka.

Nisa berpaling ke pintu utama bila terdengar riuh di luar. Alia meluru masuk terus mendapatkan Nisa yang tercengang di balkoni. Tubuh Nisa dipeluk oleh Alia. Nisa mengaduh sakit bila Alia memegang tangan kirinya kuat.

"Kak Nisa?" Nisa tersengih kelat bila Alia meleraikan pelukannya. Dua orang lelaki yang datang bersama Alia masih berdiri di muka pintu. Dia mengenali Emir, tetapi tidak lelaki yang seorang lagi.

"Yong buat apa pada Kak Nisa?" Anaqi yang bersandar di dinding terkulat-kulat apabila disoal oleh Alia. Irsyad dan Daniel mendiamkan diri. Nisa hanya membiarkan Alia bersama abangnya. Dia berjalan ke pintu rumahnya. Tidak pasti mahu membiarkan dua lelaki itu terus berdiri di situ atau mempelawa mereka masuk. Lelaki di sebelah Emir menunjukkan kad kuasanya. Tentu dia maklum bahawa mereka mencerobohi privasi Nisa.

"I think I can trust you. Tapi I taknak Alia berada di sini." Nisa seakan berbisik pada Qayd. Dia yakin lelaki itu memahami. Nisa menutup pintu rumah. Pada jam sebegitu tentu sekuriti membuat rondaan di sekitar bangunan. Walaupun jiran-jiran Nisa bukan warganegara Malaysia, tapi dia tidak mahu mengambil risiko. Saat ini, ada lima orang lelaki di dalam rumahnya.

Nisa memandang Anaqi yang turut memandangnya.

"Bila Airin balik dari Dublin?" Nisa menukar topik perbualan sejurus selepas Alia duduk di sebelahnya di meja makan. Untuk seketika dia melupakan tujuan sebenar mereka datang ke rumahnya.

"Next two months. Kak Nisa okay ke ni? Yong ada buat apa-apa pada Kak Nisa?" Nisa mengangguk. Alia menjeling Anaqi yang duduk di sofa bersama kawan-kawannya. Dia masih tidak puas hati melihat Anaqi berada di rumah Nisa. Patutlah dia tergerak untuk melawat Nisa walaupun dia pelik bila Emir dan Qayd mahu mengikutinya.

"Tangan Kak Nisa sakit sikit je. Apa kata Lia tolong belikan ubat Kak Nisa?" Dalih Nisa. Anaqi memandangnya tidak puas hati. Nisa mencebik. Mahu sahaja dia memberitahu hal sebenar pada adiknya itu.

"Jom Kay. Abang Chad pun nak beli air. Haus tiba-tiba." Irsyad terus bangun dari sofa bila Emir mencuit pehanya. Nisa menghulurkan kad parking kondo miliknya pada Irsyad.

"Aku ikut sekali. Tuan rumah takda pelawa minum pun." Nisa pura-pura ketawa mendengar perlian Daniel. Mereka tahu apa yang berlaku pada tangannya. Semuanya sebab Anaqi yang menariknya di depan lif tadi. Nisa menghantar mereka dengan pandangan kosong. Masalahnya masih ada di dalam rumah itu. Nisa menghilangkan diri ke dalam biliknya.

Bersambung...

Selasa, 24 September 2019

K : 6

"Bro! Sejak bila Ohana Music pasang lagu korea?" Qayd yang pertama kali mendengar lagu tersebut bertanyakan pada Daniel. Biarpun dia tidak minat dengan kpop, tapi dia tidak berasa annoying dengan lagu itu. Daniel ketawa. Qayd bukan orang pertama bertanyakan soalan yang sama. Bahkan mereka sudah lali dengan lagu-lagu baru yang dimainkan di Ohana Music.

"Chad punya kerja. Dia terpengaruh dengan Kay." Tawa Daniel masih bersisa.

"Kay selalu lepak kat sini?" Qayd memberi ruang pada pekerja Ohana Music yang ingin mengelap gitar di rak. Mereka berdua duduk di meja bulat di antara Ohana Music dan Ohana Corner.

"Ha'ah. Kedai ni abang dia punya. Mestilah dia selalu datang. Mesti kau menyesal tak selalu datang sini kan?" Perli Daniel. Qayd ketawa besar. Dia tak faham kenapa Ohana sering mengaitkan dirinya dengan Alia.

"Tajuk apa lagu ni?"

"To Be Decided tajuknya." Daniel sudah boleh menghafal nama-nama lagu dalam playlist by Kay. "Ouh tapi ada lagi satu favourite Kay."

Daniel menukar lagu. Tak lama selepas itu Wooing kedengaran. Qayd terpana. Wajahnya merah tiba-tiba.

"What the hell is this? She is weird."

Daniel ketawa kuat melihat respons Qayd. Seperti itu juga reaksi hampir kebanyakkan pelanggan Ohana Music yang mendengar lagu tersebut.

"Yo Qayd. Bila sampai?" Irsyad menegur Qayd yang berbual dengan Daniel.

"Wassup man! Dalam setengah jam juga aku kat sini." Mereka bersalaman. "Yong mana?"

"Dia pergi makan dengan Kay kat Restoran Wernanta. Yong tanya kau nak dia tapau makan tak Danny? Kau dah makan Qayd?" Irsyad meletakkan buku Alia di atas kaunter. Mereka berdua menggelengkan kepala tidak mahu. Irsyad menghantar whatsapp pada Anaqi.

"Kau dari mana Chad?" Daniel mengambil buku di atas kaunter dan menyimpannya di kabinet.

"Rumah sewa Kay. Ada orang rindukan adiknya." Sebaik menjemput Anaqi di KLIA, mereka terus pergi ke Gombak untuk berjumpa dengan Alia. Dari Gombak mereka terus ke Kota Damansara. Irsyad mengenyitkan matanya pada Daniel.

"Kat sini ada orang rindukan adik Yong juga." Seraya itu juga tawa Irsyad bergabung dengan Daniel.

"Kay dah habis study. Kau nak propose ke?" Kening Irsyad diangkat sebelah.

"Apa kaitan aku dengan dia? Lagipun korang selalu bersama dengan dia. Takkan tak pernah jatuh hati."

Belum sempat Irsyad menjawab, pintu Ohana Music dibuka. Mereka bertiga berpaling melihat gadis berbaju kurung yang melangkah masuk.

"Maaf, tumpang tanya. Alia ada di sini tak?" Gadis itu takut-takut bertanya.

"Alia? Boleh tahu nama penuh dia? Bukan apa. Takut tersalah orang." Biarpun pasti Alia adik Anaqi yang dimaksudkan, Irsyad tetap bertanya untuk mendapatkan kepastian. Yang selalu mencari Alia di Ohana Music hanyalah Falini, kawan dari kecil Alia. Dan mereka semua tahu, Alia berada di Ohana Music sebagai Kay.

"Kamalia. Kay." Kata gadis itu sambil matanya memerhati tiga lelaki di depannya.

"Ohhh. Mana kenal dia?" Suara Daniel bagaikan sinis pada pendengaran Nisa. Dia tahu Alia dilindungi oleh abang dan kawan-kawannya. Dan dia akhirnya cam wajah-wajah di depannya, kecuali lelaki berkemeja biru cair.

"Alia pernah pesan pada saya supaya cari dia di sini. Saya hilang nombor telefonnya." Nisa mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari beg yang digalasnya. "Tolong serahkan ini pada Alia atau Anaqi. Saya minta diri dulu."

Mereka bertiga tercengang. Hanya satu persoalan bermain di kepala mereka. Anaqi mengenali gadis itu? Irsyad sudah tersenyum nakal. Dia terus mendapatkan Anaqi yang baru tiba di Ohana Music.

"Cakap kat aku. Bila kau ada awek?" Bahu Anaqi ditumbuk kasar. Anaqi mengaduh sakit. Dia membuat muka pelik. Daniel melambai-lambai sampul surat putih di tangannya dari kaunter.

"Ada minah cari Kay tadi. Dia tinggalkan ini untuk kau atau Kay."

Alia terus merampas sampul surat itu dari tangan Daniel dan menghilangkan diri ke Ohana Corner. Anaqi mengikuti adiknya dari belakang.

"Kak Nisa!" Jerit Alia geram. Dia mencampakkan gambar-gambar di tangannya ke lantai. Sebelum sempat dia mencapai barang-barang lain, Anaqi menahannya.

"What's wrong?" Alia sudah menangis dalam pelukannya. Irsyad dan Daniel meluru masuk ke dalam Ohana Corner. Qayd hanya memerhatikan dari kaunter Ohana Music. Emir yang baru tiba juga tercengang apabila melihat Alia menangis di lantai. Dikutipnya gambar-gambar yang bertaburan di lantai. Matanya berlaga dengan Anaqi.

"Find her, Mir!"

Bersambung...

Isnin, 23 September 2019

K : 5

"Bila Yong balik dari Dubai?" Seorang pelanggan bertanya pada Emir yang sedang bermain gitar di kaunter Ohana Music. Alia mengangkat muka melihat siapa gerangannya. Hari ini sahaja hampir sepuluh orang bertanyakan tentang Anaqi. Dan lelaki itu tahu Anaqi di Dubai. Kawan Yong? Alia meneka sendiri di dalam hati. Irsyad perasan Alia dan Qayd saling berbalas pandangan.

"Next week. Kau cari Yong ke cari adik dia?" Alia menjeling pada Irsyad yang buat-buat gelak.

"Cik Amalia kau nak campak mana, Tuan Qayd?" Daniel menjerit dari pintu Ohana Corner. Seraya dengan itu tawa lelaki kedengaran. Alia terdiam. Kalau ada Anaqi, tentu dia tidak menjadi topik perbualan. Tiba-tiba, dia rindukan lelaki itu.

Today is gonna be the day
That they're gonna throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you gotta do
I don't believe that anybody
Feels the way I do, about you now
Backbeat, the word was on the street
That the fire in your heart is out
I'm sure you've heard it all before
But you never really had a doubt
I don't believe that anybody
Feels the way I do about you now
And all the roads we have to walk are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I
Would like to say to you but I don't know how
Because maybe, you're gonna be the one that saves me
And after all, you're my wonderwall

"Kay dah merajuk bro!" Daniel menjerit lagi bila Alia menghilangkan diri ke dalam Ohana Corner. Tawa Irsyad kedengaran perlahan.

"Kay okay?" Emir bersandar di pintu Ohana Corner melihat Alia yang sedang merenung alat muzik di situ.

"Rindu Yong tiba-tiba." Alia tidak menipu dirinya mahupun abang sepupunya. Emir tersengih.

"Kay dah tak marahkan Yong fasal malam The Night Tonight hari tu?"

Jari Alia terhenti di keyboard.

"Bukan Yong yang bagitahu Nad tentang Kay. Dia tahu fasal Kay sebab rumah dia sebelah rumah Yong dulu. Nad tu kawan sekolah Yong dan abang Mir."

Alia dah tahu tentang itu. Falini ada menjelaskan padanya sewaktu mereka terserempak dengan perempuan itu di Sunway Putra Mall. Cuma dia tidak berkesempatan mahu bersemuka dengan Anaqi mahu meminta maaf dan menjernihkan kembali hubungan mereka. Abangnya dah seminggu berada di Dubai ada urusan kerja.

Alia mengemas kawasan di dalam Ohana Corner. Dia berasa bosan sebenarnya. Irsyad tengah sibuk menguruskan stok barang yang baru masuk. Emir pun sama. Hanya Daniel yang kelihatan tengah bersenang-lenang di kaunter. Alia teringatkan sesuatu bila mendengar lagu yang dipasang kuat. Lantas dia mendapatkan komputer yang tersedia dipasang di belakang kaunter. Tapi matanya sempat mencari lelaki yang bernama Qayd di dalam Ohana Music. Dia menarik nafas lega bila tiada bayang lelaki itu.

"Koreans? Are you kidding me?" Daniel bagaikan tidak percaya.

"When someone play musical instruments it doesn't matter who they are. Ohhh. Sammy's voice is nice tho. Isaac too!" Alia suka dalam bicaranya tentang band korea itu. Daniel menggeleng kepala bila Alia pasang lagu tersebut. Bergema dalam Ohana Music dengan lagu To Be Decided oleh Mone.

"Bukan aku. Kay yang pasang." Jerit Daniel pada Emir dan Irsyad yang memberikan jelingan maut padanya.

"Show apa ni Kay?" Soal Irsyad seakan berminat apabila lagu lain keluar.

"SuperBand." Alia menantikan respons mereka yang masih ralit memandang skrin tv yang dipasang di dalam Ohana Music.

"Not bad." Tawa Alia terhambur keluar mendengar Emir memberi komen. Daniel senyum sinis.

"Kay, taknak join Ohana lepas graduate?"

Alia memandang Emir yang turut menantikan jawapannya. Hanya mereka berempat berada di dalam Ohana Music.

"As a guitarist? Mana nak campak Yong dan abang Mir?"

"Vocalist." Potong Daniel laju.

"I can't. Kay dah janji dengan arwah ayah untuk tidak menyanyi."

Akhirnya baru Emir faham kenapa Anaqi juga tidak membenarkan Alia bernyanyi di khalayak ramai selama ini.

Bersambung...

Ahad, 22 September 2019

K : 4

"Kay!"

Alia mencari suara yang memanggilnya. Dia meletakkan jarinya di bibir saat terpandangkan Falini yang turut berada di situ. Alia tidak mahu orang lain tahu nama panggilannya yang itu.

"Sorry Lia.. Sorry.." Falini memaut lengan Alia mesra. "Yong cari kau malam tadi." Bisik Falini.

"Kau kata apa kat dia?"

"Kau busy study untuk final exam."

Alia ketawa mendengar alasan yang diberikan oleh Falini pada Anaqi. Kalau dia sibuk masakan dia boleh merayap hingga ke KL hari ini. Tiska menghampiri mereka.

"Lini." Tegur Tiska.

"Hai Tis. Sihat?" Tiska mengangguk.

"Lia, kau taknak masuk pertandingan teka tajuk lagu tu?" Tiska bertanya tiba-tiba. Alia memandang ke arah pentas di tengah shopping complex itu.

"Jom!" Alia mengendahkan Falini yang tidak mahu dia menonjolkan diri di khalayak ramai.

"Kita ada peserta perempuan ya sekarang. Beri tepukan pada Cik Amalia." Tepukan gemuruh kedengaran. Falini menjegilkan matanya pada Alia manakala Tiska sudah tersenyum lebar di sisi Alia. Alia mengenyitkan matanya pada Falini. Dia tahu apa yang dia lakukan. Hadiah yang disediakan menarik minat Alia yang sebenarnya. Ukelele.

"Kita akan mainkan intro lagu. You have to guess all 5 songs. Semua lagu ni adalah band luar negara, bukan solo, bukan penyanyi Malaysia."

Alia mengangguk memahami. Intro lagu pertama dimainkan selama 5 saat. Alia tenang menjawab.

"In The End, Linkin Park."

Tiska menepuk tangannya gembira. Dia tahu teka lagu adalah perkara mudah bagi Alia. Lagu kedua dimainkan.

"Cromok, I Don't Belong Here."

Pengacara Music Now tidak percaya bila Alia boleh meneka lagu itu. Dalam beberapa saat, Alia menjadi tumpuan orang ramai.

"Hymn For The Weekend, Coldplay."

Lagu itu salah satu kesukaan Alia. Masakan dia tidak tahu.

"Welcome To The Black Parade, My Chemical Romance."

"Wow! It's so surprising. She's the one guys." Bergema tawa hadirin dengan lelucon Pengacara Music Now. "Okay now we move to the last song."

Lagu terakhir dimainkan. Tapi Alia tidak terus meneka apabila Pengacara Music Now bertanya pada orang ramai jika ada sesiapa yang tahu tajuk lagu itu. Bila tiada seorangpun yang mengangkat tangan, Pengacara Music Now mengalihkan tumpuannya pada Alia yang tenang berdiri di tengah pentas.

"The Beatles." Alia menjawab. Suara lelaki di bawah pentas kedengaran. Ramai yang menjerit menantikan tajuk lagu.

"Don't Let Me Down." Sebaik Alia memberikan tajuk lagu yang kelima dan terakhir, tepukan dan jeritan lelaki kedengaran apabila Pengacara Music Now memberitahu tekaan Alia betul.

"You are musicophile? Such a music maniac." Alia terkejut dengan soalan itu tapi dia hanya tersengih membalas.

"Ada yang minta you menyanyi." Ujar Pengacara Music Now. Alia menolak. Tapi dia boleh bermain gitar. Pengacara Music Now bersetuju. Falini sudah menggeleng kepala di bawah pentas biarpun The Cream turut berada satu pentas dengan Alia. Tiska mengukir senyuman. Tahu bakat Alia yang satu itu. Dulu mereka pernah membuat persembahan bersama di fakulti. Tidak jauh daripada Falini, Ohana juga turut menyaksikan Alia di atas pentas.

Alia memilih lagu The Beatles yang bertajuk I Want To Hold Your Hand.

"Kalau mereka tahu tu adik Yong, confirm penuh Ohana Corner." Ujar Irsyad bila beberapa orang lelaki memuji Alia. Dia memandang pada lelaki berkemeja putih yang baru menyertai mereka.

"Bro, try harder!" Pesan Daniel.

Qayd membuat muka tidak faham bila Ohana mentertawakan dirinya.

Bersambung...

Sabtu, 21 September 2019

K : 3

Alia mengelap matanya yang berair. Dirinya mudah terhibur dengan lawak yang dibuat oleh Irsyad. Tangannya yang memegang stick tanpa sengaja mengetuk drum kuat sehingga mengejutkan mereka yang berada di Ohana Music. Alia dan Irsyad terdiam tapi hanya untuk beberapa saat sahaja sebelum tawa Alia meletus semula. Irsyad bangun menutup pintu yang menghubungkan Ohana Corner dan Ohana Music.

"Boleh gila layan kepala Chad." Daniel menggumam perlahan. "Kau ada jumpa Qayd? Dia datang cari kau."

Anaqi yang baru hendak bangun dari kerusi, menghentikan niatnya. Matanya sempat menangkap tubuh Emir yang berjalan masuk ke Ohana Corner.

"Ada dia cakap kenapa?"

Daniel menggeleng. Anaqi memikirkan sesuatu. Bertahun lamanya Qayd memerhatikan gerak-geri ayahnya. Untuk tujuan apa, Anaqi tidak pernah mahu masuk campur urusan dan tugas Qayd. Dia sendiri tidak ingin tahu tentang perihal ayahnya.

"Fasal ayah kau?" Teka Daniel.

"Tak pasti bro." Fikiran Anaqi terganggu bila dia ternampak Alia mengesat matanya. Lama Alia menundukkan wajahnya ke lantai. Emir memandangnya dari dalam Ohana Corner. Anaqi mengeluh perlahan.

"Kau tak terangkan hal yang sebenar pada Kay?"

"Kau kenal Kay bagaimana."

"Yong, pertama kali aku tengok Kay marahkan kau sampai tegur pun tak. Aku takut kalau dia terluka lagi, kau sendiri tak mampu mendekatinya." Daniel mengingatkan Anaqi tentang pendirian Alia. Anaqi meraup mukanya. Dia tahu tentang sikap Alia.

Di dalam Ohana Corner, Alia menumpukan perhatian pada gitar di tangannya sambil berbual dengan Irsyad.

"Bukan C Em, tapi Am Em. C Em intro." Emir memperbetulkan chord gitar yang dimainkan oleh Alia.

"Got it." Alia memetik gitar semula sambil menyanyikan lagu Somewhere Only We Know oleh Keane. Dia tidak perasan Anaqi dan Daniel turut berada di dalam Ohana Corner.

Oh, simple thing, where have you gone?
I'm getting old, and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

Hati lelaki Anaqi terusik. Dia merasakan Alia cukup terluka dengan apa yang telah berlaku dalam hidupnya selama ini. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, dan juga kehilangan seorang ayah sebelum peperiksaan SPM. Hanya pada dia, Alia bergantung. Dia cuba mendekati Alia tapi dihalang oleh Emir.

"She's not herself, Yong. Give her some time." Bisik Emir.

"Kau berborak apa dengan Kay tadi?" Daniel memandang Irsyad yang tersengih melihat Alia bermain gitar. Enam mata memandangnya meminta penjelasan. Irsyad mengangkat tangan tanda menyerah.

"Kay bercerita tentang sekolah dia dulu hinggalah hari dia habis STPM. Mana aku tahu dia sedih bila teringat semua tu. Masa dia sesat dalam hutan dulu okay je boleh gelak-gelak walaupun kena khianat dengan kawan sendiri."

"Kay sesat dalam hutan?" Emir bertanya serius. Kenapa dia tidak pernah tahu tentang hal itu. "Kau tahu Yong?"

Anaqi juga tidak pernah tahu.

Irsyad terkedu. Dia sudah membocorkan rahsia Alia yang disimpan hingga ke hari ini. Matanya bertembung dengan mata merah Alia.

"Bila Kay masuk hutan?" Anaqi penasaran ingin tahu. Bahu Alia dicuit tapi Alia menolaknya kasar.

"It doesn't matter anymore."

Mereka bertiga tercengang melihat Alia yang tidak mempedulikan Anaqi langsung. Sedikitpun dia tidak memandang muka Anaqi ketika dia keluar dari Ohana Corner.

Bersambung...

Jumaat, 20 September 2019

K : 2

Lagu Coldplay dimainkan oleh band Ohana. Alia yang berada dekat dengan pentas utama mengukir senyuman melihat vokalis Ohana yang memandangnya.

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Fix You oleh Coldplay sentiasa menjadi remedi untuk Alia. Lagu itu juga sering dimainkan oleh Ohana setiap kali Alia muncul di hadapan mereka.

"Ohana's fans?" Suara lelaki menegurnya. Alia sedikit terkejut tapi laju dia mengangguk.

"Fine men playing fine instruments with fine voices, who wouldn't dig it." Alia menjawab tanpa menunggu lelaki itu membalas dan dia terus berlalu pergi mencari Falini yang hanya duduk di meja.

"Siapa tu?" Mereka memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Falini. Alia mengangkat bahu tidak mengenali. Dia tidak berminat untuk berkenalan. Mata Alia tertancap pada pentas utama bila band lain menggantikan Ohana.

"The Cream. Taknak join the crowd kat depan sana?" Alia menjuihkan bibirnya bila kawasan lapang di depan pentas hampir dipenuhi peminat The Cream. Falini juga turut meminati band itu.

"Not tonight. Dengar dari sini pun jadi lah." Lemah suara Falini pada pendengaran Alia. Muka Falini direnungnya.

"What's wrong?" Alia pelik. Sedangkan Falini sendiri yang mengajaknya datang tengok The Night Tonight.

"Tajuk fyp aku ditolak lagi." Alia yang ingin ketawa hanya mengukir senyuman. Dia ingatkan ada hal yang lagi serius terjadi kepada gadis itu.

"Bila-bila kau free nanti datang jumpa aku." Bahu Falini dipegang mesra. Memandangkan dia sudah selesai Projek Sarjana Muda, apa salahnya dia membantu junior. Falini akhirnya tersenyum lega.

"Thanks Kay."

Alia tersentak bila lengannya dicuit. Falini sudah menghilang ke depan pentas.

"Kay datang dengan siapa?" Anaqi duduk di sebelah Alia. Emir dan Daniel turut menyertai mereka.

"Falini. Dia tengok The Cream kat depan sana."

"Dia memang benci Ohana ke?" Alia ketawa mendengar soalan Daniel. Memang Falini tidak pernah berminat dengan Ohana. Falini datang ke situ hanya untuk melihat The Cream.

"Everyone has their own preferences, Abang Danny. Cukuplah Kay seorang yang minat giler dengan Ohana."

Daniel mencebik.

"Kalau takda Yong, Kay masih suka dengan Ohana?" Daniel masih tidak puas hati. Anaqi menggeleng melihat Daniel yang sering bertekak dengan Alia.

"Hai Yong. You all bertiga je? Chad mana?" Seorang gadis memakai dress pendek menegur mereka. Daniel membuat muka menyampah. Alia tersengih di sebalik mask yang dipakainya. Tahu Daniel memang tidak suka gadis seperti itu. Anaqi dan Emir hanya membalas dengan senyuman.

"Siapa ni?" Tanya gadis itu pada Anaqi yang duduk rapat bersebelahan dengan Alia.

"My sister." Anaqi menjawab pendek. Gadis itu cuba bermesra dengan Alia tapi Alia hanya bersikap dingin dengannya. Emir memandang Daniel yang juga tidak langsung melayan gadis itu. Dulu Alia mengendahkan kewujudan mereka walaupun selalu mengikuti Anaqi. Biarpun selalu diusik oleh Irsyad atau diperli oleh Daniel, Alia tetap dengan sikap dinginnya. Hanya dengan Anaqi, baru dia melihat adik sepupunya itu tersenyum dan ketawa.

"Yong, dia ni adik susuan you yang hampir dirogol tu ke?"

Riak muka Alia berubah. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar ayat itu. Dia tak sangka Anaqi sanggup menceritakan tentang dirinya pada orang lain.

"Nope, you got me wrong. If you can excuse me, I need to find my friend."

Alia terus pergi dari situ tanpa mempedulikan panggilan Anaqi.

Bersambung...

Khamis, 19 September 2019

K : 1

Tiska dan Alia sedang merehatkan diri di tepi gelanggang tenis selepas hampir dua jam bermain. Mereka tidak terus balik, sebaliknya hanya melepak di situ. Menikmati hari-hari terakhir mereka di universiti.

"Kau ingat lagi hari kau hilang masa kat kem masa kita second year?" Tiska tiba-tiba mengimbau memori lama.

Alia sengih kelat. Mana mungkin dia lupa. Wati memberitahunya Tiska mahu berjumpanya di tepi sungai yang tidak jauh dari tapak perkhemahan. Tapi sewaktu dia sampai di tepi sungai dan menyedari Tiska tiada di situ, baru dia perasan dia dipermainkan oleh Wati dan Fatima. Dia ingin patah balik semula ke khemah tapi langkahnya menuju ke tempat lain. Lama dia berjalan sebelum dia menyedari dia sudah tersesat jauh ke dalam hutan. Dia cuba mencari anak sungai tapi tidak dijumpainya. Dia tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. Hampir 24 jam dia berada jauh dari kem.

Kemudian dia tertawa sendiri bila teringat Prof Anuar dan yang lain menjumpainya tengah seronok makan ayam hutan bakar di perkampungan orang asli yang majoritinya sudah memeluk agama islam.

"Part kau makan ayam bakar tu memang tak pernah terlintas dalam kepala otak aku tau Lia."

Tawa mereka bergabung. Beberapa pelajar lelaki yang sedang bermain tenis di gelanggang sebelah menoleh ke arah mereka. Alia malu sendiri bila menyedari mereka berada di tempat awam.

"Aku tengah lapar. Daripada aku nak runsing cari jalan balik ke kem, baik aku makan je dulu." Wajah terkejut Prof Anuar yang melihatnya dia ketawa ceria bersama orang-orang asli takkan dilupakannya. Pada awalnya dia berasa bersalah kerana membuatkan ramai risau dengan kehilangannya tapi kehilangannya bukan disengajakan.

"Mujur kau sihat walafiat balik ke kem semula. Kalau tak mahu teruk Wati dan Fatima aku kerjakan." Marah Tiska masih bersisa mengenangkan kejadian itu. Alia sendiri tidak faham kenapa orang lain sering mencari isu untuk dibahaskan. Kalau mahu dijadikan satu topik yang ilmiah, dia tidak kisah. Tapi jika hanya untuk mencari perkara negatif yang menjadikan punca pergaduhan, untuk apa semua itu? Tidak bolehkah kita semua hanya melihat kebaikan dan hidup secara tenang sahaja?

"Hal lama Tis." Ujar Alia memujuk Tiska. Dia tidak berdendam dengan Wati dan Fatima walaupun dua gadis itu sering menganggu kehidupannya sejak dia membuat persembahan pada majlis makan malam di fakulti mereka pada tahun pertama.

"Kau lembut hati sangat." Sinis Tiska berkata. Alia hanya tersengih. Mana mungkin Tiska tahu kisah lalunya. Tambahan pula, dia pernah melihat Fatima bersama dengan insan yang dia mahu elak daripada berjumpa seumur hidupnya.

"Kau nak pergi tengok The Night Tonight?" Alia menukar topik perbualan. Mereka jalan beriringan pergi ke kereta Tiska.

"Sorry Lia. Aku kena balik kampung esok. Malam ni aku pergi rumah kakak aku."

"Okay takpe. Aku pergi dengan Falini je lah. Kirim salam kat kakak kau."

Tiska memberhentikan keretanya di depan rumah sewa Alia. Dia mencuri pandang ke arah laman rumah sewa Alia. Walaupun dia pelik dengan siapa Alia tinggal selama ini, tapi dia tidak pernah bertanya hal itu pada Alia. Dia tahu Alia lebih daripada mampu jika menyewa sendirian.

"Lia, kenapa kau suka pergi tengok The Night Tonight?"

Bersambung...

Rabu, 18 September 2019

K : Prolog

Airin menjerit di dalam hati. Matanya berbunga ceria melihat sekeliling. KLIA tidak pernah sunyi. Pengunjung sentiasa bertukar ganti. Troli ditolak menuju ke arah pintu keluar. Dia segera berjalan ke arah seseorang yang sudah tersenyum melihatnya dari jauh.

"Yong! Rindunya Ein kat Yong."

Airin melepaskan pelukannya. Anaqi yang berdiri segak di hadapannya direnung penuh kasih. Hampir lima belas tahun dia membesar di negara orang. Airin memerhatikan sekeliling mencari seseorang.

"Dia tak datang." Anaqi bersuara. Dia tahu siapa yang dicari oleh Airin. Wajah Airin berubah. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di KLIA sebaik sahaja dia tiba di Malaysia.

"Nanti Yong cerita. Jom." Anaqi menarik bagasi Airin.

"Kita balik rumah Mama?" Airin bertanya sebaik sahaja mereka keluar dari KLIA. Anaqi menggeleng.

"Mama tinggal dengan Pak Uda."

"Yong. Did something happened?" Hati Airin bagaikan merasa sesuatu. Anaqi yang sedang memandu dikerling tapi abangnya hanya membisu. Dia juga turut diam akhirnya bila tahu Anaqi tidak akan memberitahunya apa-apa.

Jantung Airin berdetak laju bila dia terbaca papan tanda Hospital Kuala Lumpur. Dia tahu dia tidak ada sebab untuk berasa cemas. Sebelum dia berlepas dari Lapangan Terbang Dublin, dia ada bercakap dengan mamanya. Dengan Kay pula mereka ada berhubung melalui emel. Tapi itu seminggu yang lepas. Airin resah sendiri. Tidak mungkin Kay!

Mereka keluar dari kereta. Airin yang masih bingung dengan tujuan mereka ke situ hanya mengikuti langkah Anaqi. Mereka berhenti di depan wad ICU. Anaqi menggenggam erat tangan Airin.

"Kay ada di dalam."

Bersambung...