Rabu, 18 September 2019

K : Prolog

Airin menjerit di dalam hati. Matanya berbunga ceria melihat sekeliling. KLIA tidak pernah sunyi. Pengunjung sentiasa bertukar ganti. Troli ditolak menuju ke arah pintu keluar. Dia segera berjalan ke arah seseorang yang sudah tersenyum melihatnya dari jauh.

"Yong! Rindunya Ein kat Yong."

Airin melepaskan pelukannya. Anaqi yang berdiri segak di hadapannya direnung penuh kasih. Hampir lima belas tahun dia membesar di negara orang. Airin memerhatikan sekeliling mencari seseorang.

"Dia tak datang." Anaqi bersuara. Dia tahu siapa yang dicari oleh Airin. Wajah Airin berubah. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di KLIA sebaik sahaja dia tiba di Malaysia.

"Nanti Yong cerita. Jom." Anaqi menarik bagasi Airin.

"Kita balik rumah Mama?" Airin bertanya sebaik sahaja mereka keluar dari KLIA. Anaqi menggeleng.

"Mama tinggal dengan Pak Uda."

"Yong. Did something happened?" Hati Airin bagaikan merasa sesuatu. Anaqi yang sedang memandu dikerling tapi abangnya hanya membisu. Dia juga turut diam akhirnya bila tahu Anaqi tidak akan memberitahunya apa-apa.

Jantung Airin berdetak laju bila dia terbaca papan tanda Hospital Kuala Lumpur. Dia tahu dia tidak ada sebab untuk berasa cemas. Sebelum dia berlepas dari Lapangan Terbang Dublin, dia ada bercakap dengan mamanya. Dengan Kay pula mereka ada berhubung melalui emel. Tapi itu seminggu yang lepas. Airin resah sendiri. Tidak mungkin Kay!

Mereka keluar dari kereta. Airin yang masih bingung dengan tujuan mereka ke situ hanya mengikuti langkah Anaqi. Mereka berhenti di depan wad ICU. Anaqi menggenggam erat tangan Airin.

"Kay ada di dalam."

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan