"Bro! Sejak bila Ohana Music pasang lagu korea?" Qayd yang pertama kali mendengar lagu tersebut bertanyakan pada Daniel. Biarpun dia tidak minat dengan kpop, tapi dia tidak berasa annoying dengan lagu itu. Daniel ketawa. Qayd bukan orang pertama bertanyakan soalan yang sama. Bahkan mereka sudah lali dengan lagu-lagu baru yang dimainkan di Ohana Music.
"Chad punya kerja. Dia terpengaruh dengan Kay." Tawa Daniel masih bersisa.
"Kay selalu lepak kat sini?" Qayd memberi ruang pada pekerja Ohana Music yang ingin mengelap gitar di rak. Mereka berdua duduk di meja bulat di antara Ohana Music dan Ohana Corner.
"Ha'ah. Kedai ni abang dia punya. Mestilah dia selalu datang. Mesti kau menyesal tak selalu datang sini kan?" Perli Daniel. Qayd ketawa besar. Dia tak faham kenapa Ohana sering mengaitkan dirinya dengan Alia.
"Tajuk apa lagu ni?"
"To Be Decided tajuknya." Daniel sudah boleh menghafal nama-nama lagu dalam playlist by Kay. "Ouh tapi ada lagi satu favourite Kay."
Daniel menukar lagu. Tak lama selepas itu Wooing kedengaran. Qayd terpana. Wajahnya merah tiba-tiba.
"What the hell is this? She is weird."
Daniel ketawa kuat melihat respons Qayd. Seperti itu juga reaksi hampir kebanyakkan pelanggan Ohana Music yang mendengar lagu tersebut.
"Yo Qayd. Bila sampai?" Irsyad menegur Qayd yang berbual dengan Daniel.
"Wassup man! Dalam setengah jam juga aku kat sini." Mereka bersalaman. "Yong mana?"
"Dia pergi makan dengan Kay kat Restoran Wernanta. Yong tanya kau nak dia tapau makan tak Danny? Kau dah makan Qayd?" Irsyad meletakkan buku Alia di atas kaunter. Mereka berdua menggelengkan kepala tidak mahu. Irsyad menghantar whatsapp pada Anaqi.
"Kau dari mana Chad?" Daniel mengambil buku di atas kaunter dan menyimpannya di kabinet.
"Rumah sewa Kay. Ada orang rindukan adiknya." Sebaik menjemput Anaqi di KLIA, mereka terus pergi ke Gombak untuk berjumpa dengan Alia. Dari Gombak mereka terus ke Kota Damansara. Irsyad mengenyitkan matanya pada Daniel.
"Kat sini ada orang rindukan adik Yong juga." Seraya itu juga tawa Irsyad bergabung dengan Daniel.
"Kay dah habis study. Kau nak propose ke?" Kening Irsyad diangkat sebelah.
"Apa kaitan aku dengan dia? Lagipun korang selalu bersama dengan dia. Takkan tak pernah jatuh hati."
Belum sempat Irsyad menjawab, pintu Ohana Music dibuka. Mereka bertiga berpaling melihat gadis berbaju kurung yang melangkah masuk.
"Maaf, tumpang tanya. Alia ada di sini tak?" Gadis itu takut-takut bertanya.
"Alia? Boleh tahu nama penuh dia? Bukan apa. Takut tersalah orang." Biarpun pasti Alia adik Anaqi yang dimaksudkan, Irsyad tetap bertanya untuk mendapatkan kepastian. Yang selalu mencari Alia di Ohana Music hanyalah Falini, kawan dari kecil Alia. Dan mereka semua tahu, Alia berada di Ohana Music sebagai Kay.
"Kamalia. Kay." Kata gadis itu sambil matanya memerhati tiga lelaki di depannya.
"Ohhh. Mana kenal dia?" Suara Daniel bagaikan sinis pada pendengaran Nisa. Dia tahu Alia dilindungi oleh abang dan kawan-kawannya. Dan dia akhirnya cam wajah-wajah di depannya, kecuali lelaki berkemeja biru cair.
"Alia pernah pesan pada saya supaya cari dia di sini. Saya hilang nombor telefonnya." Nisa mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari beg yang digalasnya. "Tolong serahkan ini pada Alia atau Anaqi. Saya minta diri dulu."
Mereka bertiga tercengang. Hanya satu persoalan bermain di kepala mereka. Anaqi mengenali gadis itu? Irsyad sudah tersenyum nakal. Dia terus mendapatkan Anaqi yang baru tiba di Ohana Music.
"Cakap kat aku. Bila kau ada awek?" Bahu Anaqi ditumbuk kasar. Anaqi mengaduh sakit. Dia membuat muka pelik. Daniel melambai-lambai sampul surat putih di tangannya dari kaunter.
"Ada minah cari Kay tadi. Dia tinggalkan ini untuk kau atau Kay."
Alia terus merampas sampul surat itu dari tangan Daniel dan menghilangkan diri ke Ohana Corner. Anaqi mengikuti adiknya dari belakang.
"Kak Nisa!" Jerit Alia geram. Dia mencampakkan gambar-gambar di tangannya ke lantai. Sebelum sempat dia mencapai barang-barang lain, Anaqi menahannya.
"What's wrong?" Alia sudah menangis dalam pelukannya. Irsyad dan Daniel meluru masuk ke dalam Ohana Corner. Qayd hanya memerhatikan dari kaunter Ohana Music. Emir yang baru tiba juga tercengang apabila melihat Alia menangis di lantai. Dikutipnya gambar-gambar yang bertaburan di lantai. Matanya berlaga dengan Anaqi.
"Find her, Mir!"
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan