Langkah Nisa terhenti apabila dua lelaki menahannya. Dia sudah bersedia untuk membunyikan alat kecil di tangannya. Sebaik mengangkat muka, Nisa tergelak sendiri. Namun ketawanya mati bila terpandangkan seorang lelaki lain yang menghampiri mereka. Hatinya berdebar-debar, apatah lagi melihat wajah serius lelaki itu.
"Kau yang datang ke Ohana Music semalam?" Tanpa mukadimah terus Anaqi menyerang Nisa yang berdiri tegak di depannya.
"Dari mana kau dapat semua gambar ni?" Sampul surat putih dibaling ke muka Nisa. Nisa kaget. Kakinya berasa lemah serta-merta. Belum pernah dia diherdik sebegitu selama ini. Dia memegang dinding sebelum dirinya jatuh ke lantai. Matanya melilau mencari sekuriti yang bertugas tapi malangnya tiada seorangpun yang kelihatan. Nisa membebel di dalam hati.
"Yong. Kita settle secara baik lah." Irsyad mencelah. Belum pernah dia melihat Anaqi berlagak kasar sebegitu, terutama kepada perempuan. Daniel menarik Anaqi sebelum lelaki itu terus hilang sabar.
Nisa yang sudah berasa tenang semula meneruskan langkahnya menuju ke lif.
"Kau nak pergi mana?" Tanpa disedari Anaqi menarik sling bag Nisa. Gadis itu jatuh terjelepok di lantai. Beberapa penghuni Casa Villa yang keluar dari lif melihat mereka pelik. Nisa tidak mempedulikan mereka dan terus masuk ke dalam lif. Dia menunggu untuk tiga orang lelaki itu mengikutinya.
"You nak tahu tentang gambar-gambar tu?" Pintu gril luar dibuka oleh Nisa. Dia menoleh ke arah tiga lelaki di belakangnya. Kemudian pintu rumah dibuka luas berharap lelaki-lelaki itu mengerti maksudnya. Lebih baik mereka bersemuka di rumahnya sebelum dirinya diseret ke balai polis.
Nak tak nak, Anaqi masuk juga ke dalam diikuti oleh Irsyad dan Daniel. Nisa mencapai telefon dari dalam sling bag miliknya dan berjalan menuju ke balkoni. Tirai sliding door ditarik. Serta-merta suasana yang suram bertukar bercahaya. Anaqi perasan gadis itu menahan rasa sakit di tangan kiri.
"Shaz, kau dah otw balik ke? Oni kerja shift malam. Okay kau dah kat bawah nanti call aku." Nisa mematikan panggilan telefon. Dia menarik nafas lega bila kawan serumahnya masih ada urusan kerja di luar. Tidak perlu dia menerangkan siapa lelaki yang datang ke rumah mereka.
Nisa berpaling ke pintu utama bila terdengar riuh di luar. Alia meluru masuk terus mendapatkan Nisa yang tercengang di balkoni. Tubuh Nisa dipeluk oleh Alia. Nisa mengaduh sakit bila Alia memegang tangan kirinya kuat.
"Kak Nisa?" Nisa tersengih kelat bila Alia meleraikan pelukannya. Dua orang lelaki yang datang bersama Alia masih berdiri di muka pintu. Dia mengenali Emir, tetapi tidak lelaki yang seorang lagi.
"Yong buat apa pada Kak Nisa?" Anaqi yang bersandar di dinding terkulat-kulat apabila disoal oleh Alia. Irsyad dan Daniel mendiamkan diri. Nisa hanya membiarkan Alia bersama abangnya. Dia berjalan ke pintu rumahnya. Tidak pasti mahu membiarkan dua lelaki itu terus berdiri di situ atau mempelawa mereka masuk. Lelaki di sebelah Emir menunjukkan kad kuasanya. Tentu dia maklum bahawa mereka mencerobohi privasi Nisa.
"I think I can trust you. Tapi I taknak Alia berada di sini." Nisa seakan berbisik pada Qayd. Dia yakin lelaki itu memahami. Nisa menutup pintu rumah. Pada jam sebegitu tentu sekuriti membuat rondaan di sekitar bangunan. Walaupun jiran-jiran Nisa bukan warganegara Malaysia, tapi dia tidak mahu mengambil risiko. Saat ini, ada lima orang lelaki di dalam rumahnya.
Nisa memandang Anaqi yang turut memandangnya.
"Bila Airin balik dari Dublin?" Nisa menukar topik perbualan sejurus selepas Alia duduk di sebelahnya di meja makan. Untuk seketika dia melupakan tujuan sebenar mereka datang ke rumahnya.
"Next two months. Kak Nisa okay ke ni? Yong ada buat apa-apa pada Kak Nisa?" Nisa mengangguk. Alia menjeling Anaqi yang duduk di sofa bersama kawan-kawannya. Dia masih tidak puas hati melihat Anaqi berada di rumah Nisa. Patutlah dia tergerak untuk melawat Nisa walaupun dia pelik bila Emir dan Qayd mahu mengikutinya.
"Tangan Kak Nisa sakit sikit je. Apa kata Lia tolong belikan ubat Kak Nisa?" Dalih Nisa. Anaqi memandangnya tidak puas hati. Nisa mencebik. Mahu sahaja dia memberitahu hal sebenar pada adiknya itu.
"Jom Kay. Abang Chad pun nak beli air. Haus tiba-tiba." Irsyad terus bangun dari sofa bila Emir mencuit pehanya. Nisa menghulurkan kad parking kondo miliknya pada Irsyad.
"Aku ikut sekali. Tuan rumah takda pelawa minum pun." Nisa pura-pura ketawa mendengar perlian Daniel. Mereka tahu apa yang berlaku pada tangannya. Semuanya sebab Anaqi yang menariknya di depan lif tadi. Nisa menghantar mereka dengan pandangan kosong. Masalahnya masih ada di dalam rumah itu. Nisa menghilangkan diri ke dalam biliknya.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan